BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

30 Mac 2011

KEHIDUPAN BARU

       Masa sekarang sekejap saja aku rasakan berlalu di mana diam tak diam sudah sampai tarikh yang aku rancangkan selama ini.2 april 1987 adalah tarikh lahir diri aku,1 april 2007 aku memasuki pasukan polis di raja malaysia dan 2 april 2011 dengan izin ALLAH aku akan sah menjadi suami orang pada hari sabtu nanti.semua persiapan telah aku aturkan seperti yang aku rancang dan minta tiada sebarang kesulitan akan berlaku nanti.semakin hampir harinya semakin kosong fikiran aku tapi inilah di katakan "perasaan jer" ...dalam masa yang sama juga sahabat satu tempat kerja aku telah mengalami kemalagan dan keadaan amat kritikal di hospital,aku nak melawatnya tapi apakan daya masa dan keadaan tidak mengizinkan aku tapi aku doakan agar sahabat aku panjang umur dan sembuh secepat yang mungkin,,aminnn......
      Di sini aku menjemput semua hadiri majlis persandingan aku pada 3 april 2011 di felda chaya baru pasir gudang johor dan 10 april 2011 di felda palong dua negeri sembilan..semoga kehadiran dapat memeriahkan majlis.,///......

14 Februari 2011

Kenangan Selamanya......

Hari ini membuat aku teringatkan sesuatu di mana mungkin rindu kot kt my best friend.Tibe2 saat ni aku teringat kt dia,entah apa citer kt tmpt org yer..aku doakan selamat di sana.Igtkn kenangan bersama dgn dia masa kt sini,rindu plak nak betekak,bergaduh lepak kt kedai mkn gemenceh....ermmmmm...itulah di namakan kenangan terindah.Masa mule2 knl dlu.ble igtkn kelakar jugak,,,knln brmle di sebabkn moto...ermmm......
  Hri ni da 14 hrbln pun,,trikh aku pun tak lme lg,,projek nak jd ehemmm utk aku tak jd ler,,,so kne cr len...tp tkpe my lg best friend gak tlg nti..Mle2 plan mmg cntik tp last mnit tak dpt tp tkpe dia pergi utk msa dpn yg lbh baik...So tak dpt lah nak wat plan yg ktowg plan..isk...isk......Lepas ni tak tau mne plak dia akan berada...mgkn lg jauh atau lg dkt,,sme2 kite tgk...Pada sesiapa yg tau sapa aku mksudkn sme2 doakan kejayaan utknya yer....Panjang umur kiTa jumpa lagi my friend......

    
                                                Berjumpa Lagi My Friend......

09 Februari 2011

Ini Macam Ada.....

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami.
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus… Mana abang kenal isteri dia?”
============ ========= ========= =========

Nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut,lalu dia berkata, “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, lembik…macam taik.”Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taiktu, lepas tu dia berkata, “Bau macam taik.”Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit… “MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!”

============ ========= ========= =========

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.
Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak : Saya bini juga surat India mari.
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news….
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak.New baby! Ayo….saya manyak suka ati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali : ???????????? ?
============ ========= ========= =========